SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan FA R16 | Selangor FC 4-0 Negeri Sembilan FC | Mara ke Peringkat Suku Akhir

Jun 16, 2024 - FAS

Selangor FC layak ke pusingan Suku Akhir Piala FA 2024/25 dengan kemenangan 4-0 menentang Negeri Sembilan FC (NSE) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.

Dua jaringan separuh masa pertama dijaringkan oleh Yohandry Orozco pada minit ke-6 dan ke-14. Manakala, dua jaringan terakhir dijaringkan dalam separuh masa kedua oleh Alvin Fortes pada minit ke-45 dan ke-67 perlawanan.

Menurut Nidzam Jamil, Ketua Jurulatih Selangor FC, gembira dengan kemenangan semalam dan berpuas hati dengan sikap dan komitmen daripada pemain.

“Bagi saya untuk saingan Piala FA, apa sahaja keputusan positif yang melayakan pasukan ke pusingan seterusnya, kami gembira dengan kemenangan ini. Keputusan tanpa bolos itu juga bagus, di sini menjelaskan bahawa pemain-pemain semua faham cara permainan yang kita semua impikan,”

“Selain itu saya juga memuji komitmen dan sikap yang dipamerkan terutama sekali pemain-pemain yang bukan kesebelasan utama seperti Quentin Cheng, Haiqal Lau dan Muhammad, mereka menunjukkan kesungguhan dalam perlawanan ini sama seperti apa yang mereka tunjukan dalam sesi latihan.” puji Nidzam Jamil.

Daripada perlawanan #SFCNSE dalam saingan Piala FA peringkat Round 16 semalam, beberapa perkara penting dapat dilihat, seperti:-

Pemain-pemain diiringi bapa semasa perarakan masuk perlawanan

Bersempena Hari Bapa pada hari ini, Selangor FC telah mengambil inisiatif untuk merealisasikan impian kelab untuk melihat pemain-pemain mengiringi bapa mereka semasa perarakan masuk ke padang dan tanda terima kasih kami kerana sentiasa ada dalam hampir setiap perlawanan untuk melihat anak-anak mereka beraksi. Perancangan ini telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada para pemain sendiri. Begitu juga pemain-pemain dibangku simpanan yang membenarkan bapa mereka diiringi oleh pemain lain sebagai tanda kekeluargan dalam kem Gergasi Merah. 

Empat gol daripada ‘Build up’ yang sangat memberansangkan!?

‘Build up’ yang dilakukan oleh pemain-pemain Gergasi Merah dapat dilihat dengan jelas daripada hantaran-hantaran pendek yang tepat dari bahagian pertahanan hingga ke kawasan ‘final third’ dan diakhiri dengan hantaran yang menarik sebelum di sudahkan dengan jaringan gol. Setiap posisi memainkan peranan masing-masing dengan baik dan semangat kepasukanan jelas dalam perlawanan semalam. Daripada corak permainan ini, nyata bahawa cara bermain yang diterapkan oleh Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil, jelas difahami oleh para pemain dan latihan yang dijalankan berkualiti. Beliau juga memuji pemain-pemain gantian yang beliau masukan tengah menunjukan sikap yang sangat baik di atas Padang.

Dua gol pertama Alvin Fortes!

Pemain import baharu musim 2024/25 Alvin Fortes merupakan antara pemain yang cukup dikenali semasa pramusim di Thailand, Selangor Asia Challenge dan baru-baru ini kejohanan di Jakarta dengan dengan bakat ‘dribbling’ dan hantaran-hantaran cantik semasa beraksi. Dalam perlawanan semalam, Fortes akhirnya membuka akaun bukan satu tetapi dua jaringan rasminya bersama Selangor FC dalam saingan Liga Malaysia. 2024/25. Kedua-dua gol jelas mempamerkan kelebihan hantaran, 1 lawan 1 yang dan rembatan yang beliau miliki.

Cemerlang Yohandry Orozco, MOTM kali ke-2

Yohandry Orozco, import Gergasi Merah yang sentiasa menghasilkan sesuatu dalam setiap perlawanan. Beliau antara yang telah menyumbang banyak terutamanya semasa menyerang sehingga menjadi penjaring dan membuat bantuan assist dalam lingkungan ketiga terbanyak dalam pasukan. Untuk rekod, beliau merupakan Man of The Match dua kali berturut-turut untuk perlawanan menentang Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super dan Piala FA 2024/25 setelah berjaya menjaring dan juga membuat bantuan gol dalam kedua-dua aksi ini. 

Gandingan jentera Pertahanan yang menarik

Barisan pertahanan telah beraksi dengan cemerlang dalam menghalang serangan dan pergerakan pantas penyerang pasukan NSE. Gandingan Safuwan Baharuddin dan Harith Haiqal di bahagian center back, Sharul Nazeem sebagai pertahanan kanan serta Fazly Mazlan di pertahanan kiri,  telah menidakkan serangan bahaya terutamanya Takumi Sasaki yang sangat licik dalam menyerang. Begitu juga, Quentin Cheng dan Zikri Khalili yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang sebagai pemain gantian di bahagian kanan dan kiri pertahanan dalam separuh masa kedua. 

Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada semua pemain yang telah melayakkan pasukan ke pusingan Suku Akhir Piala FA 2024/25 dengan kemenangan 4-0 di laman sendiri, Stadium MBPJ. 

Tidak lupa juga, para penyokong Gergasi Merah yang turut memenuhi stadium, dengan warna Merah dan Kuning semalam untuk memberi sokongan padu kepada pasukan biarpun cuti bagi Hari Raya Haji sudah bermula. Selain itu, sikap menjaga kebersihan rumah kita, Stadium MBPJ amat kami puji. Ribuan terima kasih atas sikap menjaga stadium kita secara berterusan.

Pihak pengurusan Selangor FC mengucapkan tahniah kepada pasukan kerana layak ke pusingan Suku Akhir Piala FA 2024/25. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa dan Selamat Hari Raya Hari kepada semua.

Demi Kebanggaan